Ramai yang menganggap bahawa pengambilan pemakanan yang sihat agak sukar terutama bagi golongan yang sentiasa sibuk.
Namun, ada juga yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah salah satu cara diet yang terbaik untuk kesihatan.
Sebenarnya pemilihan makanan dan pemilihan sukatan yang betul adalah cara yang paling mudah untuk memperoleh nutrisi yang diperlukan oleh tubuh tanpa perlu menahan lapar.
JAGA MASA MAKAN
Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam penjagaan pemakanan adalah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting tetapi sering dipinggirkan kerana kekangan masa.
Tahukah anda bahawa sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif?
Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari kebiasaan.
Waktu makan ideal:
Tengah hari - 12 tengahari hingga 2 petang
Malam - 6.30 petang hingga 8.30 malam
KONSEP SUKU SUKU SEPARUH
Konsep Suku Suku Separuh merupakan teknik visual pantas yang membantu anda untuk serta merta mengenal pasti sama ada sesuatu hidangan itu sihat dan seimbang atau tidak.
Suku Suku Separuh ialah panduan pengambilan hidangan tunggal. Anda hanya perlu "membahagikan" pinggan anda seperti berikut:
1/4 pinggan bijirin atau produk bijirin, semestinya bijirin penuh seperti nasi perang atau roti mil penuh
1/4 pinggan ikan atau ayam itik, daging atau telur
1/2 pinggan buah-buahan dan sayur-sayuran
Lebihkan air kosong daripada minuman manis dan tanpa kalori.
Pengambilan air kosong juga sangat penting untuk mengawal suhu badan, mengangkut nutrien daripada makanan untuk digunakan oleh sel-sel tubuh serta untuk mengangkut bahan buangan dalam badan.
Saiz pinggan juga penting!
Hanya mematuhi konsep Suku Suku Separuh tidak mencukupi. Elakkan daripada menggunakan pinggan saiz dewasa untuk kanak-kanak kerana anda akan tertipu dengan jumlah makanan yang anda mahu hidangkan kepada mereka. Tidak pasti tentang saiz pinggan yang betul? Berikut ialah panduan mudah:
Dewasa – 23cm (9 inci)
Kanak-kanak – 18 cm (7 inci)
BMV dalam satu pinggan
Tahukah anda bahawa Pinggan Sihat Malaysia adalah sejajar dengan prinsip diet sihat dan ini mematuhi konsep utama bagi Keseimbangan (Balance), Kesederhanaan (Moderation) dan Kepelbagaian (Variety) serta Piramid Makanan Malaysia?
Keseimbangan. Hidangan yang lengkap mengandungi kumpulan makanan utama dalam Piramid Makanan supaya seseorang itu boleh mendapatkan nutrien yang diperlukan setiap hari iaitu nasi dan bijirin yang merupakan karbohidrat; ikan, ayam itik, daging, telur dan kekacang sebagai sumber protein; dan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk vitamin dan mineral.
Kesederhanaan. Kekalkan jumlah yang disarankan untuk setiap hidangan demi mencapai hidangan yang diperlukan bagi setiap kumpulan makanan dalam Piramid Makanan.
Kepelbagaian. Pelbagaikan kumpulan makanan utama dalam pinggan anak anda supaya anak anda mendapat “keriangan” harian atau dalam setiap hidangan, tetapi yang lebih penting adalah menggunakan pelbagai makanan memastikan anak anda memperoleh nutrien berbeza yang diperlukan untuk badan.
PENYEDIAAN MAKANAN SECARA SIHAT
Kaedah memasak memainkan peranan besar dalam menentukan sihatnya sesuatu hidangan itu. Contohnya, makanan bergoreng mengandungi lebih banyak minyak yang tidak menyihatkan. Pilihlah makanan yang disediakan dengan kaedah seperti mengukus, membakar, memanggang atau mencelur.
Cara yang mudah untuk mengekalkan pengambilan pemakanan sihat anda adalah dengan megamalkan susu kolostrum, seperti Susu DColzz Plus. Ia mengandungi bahan yang paling terbaik iaitu susu kolostrum, ekstrak kurma dan aquamin F yang mampu memberikan tenaga untuk tubuh badan dan mengekalkan kesihatan tulang yang sihat. Kurma juga bagus untuk kesihatan sistem penghadaman dan menggalakkan pembuangan air besar yang lebih baik dan usus yang lebih sihat!
Sumber: