Kejang pada otot adalah keadaan ketika otot mengalami kekejangan dengan sendirinya atau diluar kawalan. Keadaan tersebut membuat otot menjadi kaku, tidak rileks, dan nyeri.
Otot yang selalunya mengalami masalah kekejangan ini ialah otot pada betis, paha, punggung, dada serta tangan. Ini kerana otot-otot inilah yang sering kali digunakan secara berlebihan oleh orang tetapi gagal melakukan sedikit aktiviti renggangan/"stretching" otot sebelum digunakan.
Kejang pada otot yang terjadi secara mendadak dapat terasa menyakitkan. Namun, tidak perlu risau kerana ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk meredakan keadaan menyakitkan ini dan mencegahnya terjadi.
PUNCA KEKEJANGAN
Tidak 'warm-up'
Otot keletihan / terlebih guna
Otot kekurangan oksigen
Kekurangan air
Kekurangan mineral dalam badan
Kelemahan otot yang kurang aktif / kurang menggunakan otot tersebut
Komplikasi kecederaan otot lama
Otot ketat (tidak flexible)
Memakai kasut tumit tinggi untuk tempoh lama
Diet yang tidak seimbang
Peredaran darah tidak berjalan dengan lancar
Mereka yang lebih berusia
Masalah perubatan
LANGKAH PENCEGAHAN
Elakkan daripada dehidrasi. Minum air dengan secukupnya.
Haba atau sejuk. Gunakan tuala panas atau pad haba pada otot yang kejang. Basahkan otot yang kejang dengan air suam. Kemudian, apabila kekejangan berkurang, urut otot yang kejang dengan ais, ia mungkin dapat mengurangkan rasa sakit.
Elakkan atau kurangkan pengambilan alkohol atau kafein.
Amalkan pemakanan yang sihat (terutamanya jika hamil) yang kaya dengan kalsium, kalium dan magnesium.
Elakkan meningkatkan jumlah latihan yang diperolehi sesuka hati dan memperbanyakkan senaman anda setiap minggu.
Meningkatkan tahap kecergasan fizikal.
Lakukan regangan otot.